Latest News

Majlis Perasmian Program Pemeriksaan Keselamatan Peringkat Parlimen Bera

Sunday, November 06, 2016
Program Pemeriksaan Elektrikal GIATMARA di Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru, Bera yang telah dirasmikan oleh Menteri KKLW merangkap Ahli Parlimen Bera iaitu YB. Dato’ Sri  Ismail Sabri bin Yaakob.
Program ini telah dijalankan dan berlangsung selama 3 hari bermula 04 November  hingga 06 November 2016. Program Pemeriksaan Elektrikal ini melibatkan Kampung Bohor Baru & Kampung  Bukit Serdang di Parlimen Bera.
Siri lawatan pemeriksaan telah diadakan bersama JKK Kampung Bohor Baru & Kampung  Bukit Bera dan wakil Tenaga Pengajar GIATMARA bidang pendawaian Elektrik ke rumah-rumah penduduk kampung.
Turut hadir dalam perasmian program ini ialah Pengerusi GIATMARA Malaysia  iaitu YBhg. Dato Haji Azian bin Haji Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA  Malaysia iaitu YBhg. Tuan Haji Jamal Nasir bin Othman.

Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Pengerusi ke GIATMARA Prima, Pasir Gudang, Johor

Pada 31 Oktober 2016 ( Isnin), jam 04.00 petang, YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia  mengadakan lawatan kerja  beliau  di   GIATMARA Prima  Pasir Gudang, Johor . Beliau sempat membuat lawatan ke bengkel dan bilik guru di samping  bertanya khabar kepada para pelatih. Di dalam ucapan beliau berkata  kita mesti mendidik  anak bangsa dengan ilmu kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Turut mengiringi lawatan kerja beliau ialah YBrs. Tuan Haji Merjuki bin Kasanwidi, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.