EduXtra-Karnival Pendidikan MARA (KPM) 2018

Assalamualikum & Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa MARA akan mengadakan EduXtra – Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-19 sepanjang bulan Mac 2018 di enam zon seluruh Malaysia bertempat di Kuala Terengganu, Sungai Petani, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
 
Objektif EduXtra – KPM 2018 ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk mereka membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.  
 
Saban tahun, KPM merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh pelajar dan ibubapa untuk mendapatkan informasi berkaitan peluang-peluang pendidikan dan penajaan. Merupakan salah satu daripada ekspo pendidikan terbesar di peringkat nasional, KPM pada tahun 2017 telah dikunjungi seramai lebih dari 370,000 pengunjung dengan lebih 104 pemamer yang terdiri daripada institusi pendidikan, perbankan dan agensi berkaitan pendidikan.