GIATMARA DIANUGERAHKAN 4th ASEAN LEADERSHIP AWARD

GIATMARA yang mewakili Malaysia telah dianugerahkan ASEAN Leadership Award on Rural Development And Poverty Eradication Ke-4 (4th AMRDPE, Leadership Award) semasa ASEAN Ministers Meeting on Rural Development And Poverty Eradication (AMRDPE) Ke- 11 yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Anugerah ini bertujuan untuk untuk mengiktiraf peranan serta usaha pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta di setiap negara ASEAN dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. Pada tahun ini, Yayasan Sejahtera telah dipilih untuk memenangi kategori pertubuhan bukan kerajaan manakala GIATMARA Sdn. Bhd memenangi kategori pihak swasta untuk Malaysia.

Tahniah GIATMARA.