Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Pengerusi ke GIATMARA Prima, Pasir Gudang, Johor

Pada 31 Oktober 2016 ( Isnin), jam 04.00 petang, YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia  mengadakan lawatan kerja  beliau  di   GIATMARA Prima  Pasir Gudang, Johor . Beliau sempat membuat lawatan ke bengkel dan bilik guru di samping  bertanya khabar kepada para pelatih. Di dalam ucapan beliau berkata  kita mesti mendidik  anak bangsa dengan ilmu kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Turut mengiringi lawatan kerja beliau ialah YBrs. Tuan Haji Merjuki bin Kasanwidi, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.