Majlis Pelancaran Kursus & Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi
Intipati ucapan YB. Dato’ Speaker agar Pusat latihan GIATMARA di negeri ini mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan masyarakat khususnya belia. Setakat ini kita menawarkan lebih 40 kursus dalam pelbagai bidang melibatkan hard skill dan soft skill seperti jahitan dan fesyen, automotif, pembuatan peralatan mesin, percetakan serta fotografi. Kesemua bidang ini diperlukan oleh industri tempatan.
Dari segi tumpuan latihan, GIATMARA menitikberatkan pendedahan kepada bidang kemahiran itu sendiri iaitu 80 peratus dalam bentuk praktikal manakala 20 peratus lagi secara teori. Penumpuan ini bagi membolehkan para pelatih berdikari selepas menamatkan latihan mereka sama ada bekerja dengan syarikat atau berniaga sendiri.
⚠ Module cannot be rendered as the requested content is not (longer) accessible. Contact the administrator to get access.