Majlis Perasmian Program Pemeriksaan Keselamatan Peringkat Parlimen Bera
Program Pemeriksaan Elektrikal GIATMARA di Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru, Bera yang telah dirasmikan oleh Menteri KKLW merangkap Ahli Parlimen Bera iaitu YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Program ini telah dijalankan dan berlangsung selama 3 hari bermula 04 November hingga 06 November 2016. Program Pemeriksaan Elektrikal ini melibatkan Kampung Bohor Baru & Kampung Bukit Serdang di Parlimen Bera.
Siri lawatan pemeriksaan telah diadakan bersama JKK Kampung Bohor Baru & Kampung Bukit Bera dan wakil Tenaga Pengajar GIATMARA bidang pendawaian Elektrik ke rumah-rumah penduduk kampung.