MTE 2020: GIATMARA PEROLEH KEJAYAAN SEMUA PENYERTAAN

Tahniah diucapkan kepada Inventor GIATMARA kerana memperoleh kejayaan di Malaysia Technology Expo yang berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 21 hingga 23 Februari 2020.

Malaysia Technology Expo (MTE) adalah platform untuk mengetengahkan ciptaan terkini. Pada tahun ini edisi ke 19 MTE semakin bertambah baik dan semakin diiktiraf sebagai satu pertandingan di peringkat antarabangsa. Kira-kira 500 peserta dari pelbagai negara telah memeriahkan MTE pada tahun ini.

Tahniah GIATMARA. Semoga kemahiran yang diajar memangkin budaya mencipta yang memberi manfaat kepada semua.

Keputusan MTE 2020 untuk GIATMARA Malaysia.

1.Silver Medal – GIATMARA Lumut, Perak. (Project: Spin Ideal)

2. Bronze Medal – GIATMARA Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. (Project: Eco Easy Clean)

3. Bronze Medal – GIATMARA Tambun, Perak. (Project: Airbrush Spray Booth)

Tahniah semua peserta.