Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA bersama Anggota Kerja GIATMARA Wilayah Persekutuan

GIATMARA Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Ir .Ts. Haji Nuriman Bin Yusop atas kesudian melapangkan masa berkongsi ilmu dan hala tuju GIATMARA dalam menangani cabaran menuju 2030.

KEMPEN BELI BARANGAN BUATAN PELATIH GIATMARA

JAM MEJA “RANTAI REMPIT”

HARGA : RM250.00

MASA PEMBUATAN : 1 MINGGU

Hubungi : GIATMARA Kampar – 05-3609490 atau email gmkampar@giatmara.edu.my untuk maklumat lanjut

GIATMARA DIANUGERAHKAN 4th ASEAN LEADERSHIP AWARD

GIATMARA yang mewakili Malaysia telah dianugerahkan ASEAN Leadership Award on Rural Development And Poverty Eradication Ke-4 (4th AMRDPE, Leadership Award) semasa ASEAN Ministers Meeting on Rural Development And Poverty Eradication (AMRDPE) Ke- 11 yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Anugerah ini bertujuan untuk untuk mengiktiraf peranan serta usaha pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta di setiap negara ASEAN dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. Pada tahun ini, Yayasan Sejahtera telah dipilih untuk memenangi kategori pertubuhan bukan kerajaan manakala GIATMARA Sdn. Bhd memenangi kategori pihak swasta untuk Malaysia.

Tahniah GIATMARA.

 

GLOBAL SKILL CHAMPIONSHIP 2019 AUSTRALIA

PENYERTAAAN

16 NEGARA

24 JENIS KEMAHIRAN

MALAYSIA MENYERTAI 13 BIDANG KEMAHIRAN

GIATMARA MENGHANTAR 4 PESERTA SEBAGAIMANA BERIKUT

SEORANG TENAGA PENGAJAR GIATMARA, PN. NORAZAH BT MUHAMMAD, GIATMARA RASAH, NEGERI SEMBILAN YANG JUGA PAKAR NEGARA BIDANG FASHION TECHNOLOGY JUGA TURUT SERTA DALAM KONTIGEN NEGARA.

KEJAYAAN

MALAYSIA BERJAYA MEMPEROLEH 1 EMAS, 1 PERAK & 1 GANGSA

DARIPADA 3 MEDAL YANG BERJAYA DI RAIH, 2 MEDAL ADALAH DARI GIATMARA SEBAGAIMANA BERIKUT:

🥇1 EMAS

– Electrical Installation (Saudara Syazwan dari GIATMARA Taiping).

🥈1 PERAK

– Fashion Technology (Saudara Hanafi GIATMARA Saratok)

🥉 1 GANGSA

– Bakery (Agensi swasta).

Teruskan kejayaan di WorldSkills Kazan nanti.

#giatmara
#giatmaramalaysia
#mara
#majlisamanahrakyat
#tvetmalaysia
#tvetmara
#kplb
#luarbandarsejahtera
#tvetkplb
#SkillsKPLB
#pilihankemahirananda

EKSPO TVET@KPLB 2019

TERBUKA KEPADA SEMUA
*EKSPO TVET@KPLB*

*UniKL RCMP Ipoh, Perak*
*12- 14 April 2019*

*Booth Info TVET@KPLB*
🔸Pameran oleh pelbagai institusi TVET@KPLB
🔸Rakan Strategik (Industri)
🔸Kerjaya & Kejayaan Program TVET@KPLB
🔸Pengambilan Terbuka

*TVET@COMMUNITY*
🔹Preventive Maintenance
🔹Acara Kemahiran Masyarakat Setempat (Masakan)
🔹Fun Ride TVET@KPLB (Kayuhan Basikal)
🔹 LEGO/Puzzle

*TECHNOPRENEUR*
🔹Gerai-gerai Jualan oleh Usahawan dan Inkubator lepasan TVET@KPLB
🔹Biz Pitching
*LIVESKILLS CHALLENGE*
🔹Demonstrasi Skills (Drift Motorsikal)
🔹Drone
🔹Robotic

*BESKILLS*
🔹Pertandingan Inovasi
🔹Pertandingan Sculpture
🔹Pertandingan Creative Bike
🔹Pertandingan Kemahiran Motosikal
🔹Pertandingan Kemahiran Airbrush

*SEMINAR KERJAYA*
🔹Bual bicara bersama Ikon & Alumni TVET@KPLB
🔹Inspirasi Kejayaan Gemilang

#giatmara
#giatmaramalaysia
#mara
#majlisamanahrakyat
#tvetmalaysia
#tvetmara
#kplb
#luarbandarsejahtera
#tvetkplb
#SkillsKPLB

Penglibatan GIATMARA di GT Asia Festival 2019

Pengenalan

GT Asia 2019 pertama kali dibawa ke Malaysia. Sebelum ini ianya diadakan hanya di China. Pada edisi ini GIATMARA dilantik sebagai rakan strategik sepanjang festival berlansung.

RAKAN STRATEGIK

GIATMARA merupakan satu-satunya pemain TVET sebagai rakan strategik GT Asia 2019. Penglibatan GIATMARA adalah melalui pemamer yang diberikan booth khas. Pelatih-pelatih GIATMARA seramai 40 org juga dilantik sebagai sukarelawan teknikal yg kan berada di paddock utk membantu Team yang bertanding.
Aktiviti

1. Pameran di booth
2. Demonstrasi water trensfer
3. Demonstrasi air brush
4. Jualan baju khas TRIG
5. Bersama world champion custom bike germany
6. Motor retro
7. Santai bersama pelumba dan kereta GIATMARA MSF race (pelatih IKM) bodywork by GIATMARA

KEPUTUSAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2019 (MTE 2019)

Tahniah diucapkan kepada Inventor GIATMARA yg cemerlang di Malaysia Technology Expo 2019.
MTE 2019 Results:
*Gold*
Coconut Husk Separator – Fauzi (Bachok)


*Bronze*
Smart Injection Tester – Hafis (Kapar)
Trivia 25 Heroes – Syarifah Salwah (Kota Raja)
Hijabista Drawer – Lizawati Ariffin (Kota Raja)
Switch-Ex – Hisham (Pasir Gudang)


*Merit*
Bricklaying Tool – Jaslin (Tanjong Piai)

GIATMARA Boleh!! 💪😎

#giatmara
#giatmaramalaysia
#majlisamanahrakyat
#mara
#tvetmalaysia
#tvetmara
#kplb

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2019 (MTE 2019)

GIATMARA bakal menyertai Malaysia Technology Expo 2019 (MTE2019) pada 21 sehingga 23 Februari 2019 bertempat
di Dewan Tun Razak 3 dan 4 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput untuk menyaksikan Invention & Innovation Awards 2019 sempena
Malaysia Technology Expo 2019 (MTE2019).

Untuk makluman tuan /puan MTE 2019 akan diwakili oleh 6 orang peserta GIATMARA bersama projek inovasi serta
makluman pertandingan seperti berikut:

1. Selangor

– Hijabista Drawer – GM Kota Raja

– Smart Injector Tester – GM Kapar

– Trivia 25 Heroes – GM Kota Raja
2. Johor

– Switch Extender (SwitchEx) – GM Pasir Gudang

– Bricklaying Tools – GM Tanjong Piai

3. Kelantan

– Coconut Husk Remover – GM Bachok
Sama-samalah kita memberi sokongan dan mendoakan kejayaan peserta GIATMARA.

MAJLIS APRESIASI PENGANUGERAHAN DIPLOMA PENGURUSAN VOKASIONAL (DPV) & DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) GIATMARA

 Putrajaya, 14 Februari 2019 – Seramai 207 anggota kerja GIATMARA dirai dalam Majlis Apresiasi Diploma Pengurusan Vokasional (DPV) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) GIATMARA di sini.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Azmee Osman, Program DPV dan DKM bagi kakitangan GIATMARA ini sangat penting kerana ia memberikan pengetahuan dan kemahiran baru dan ia juga mampu melaksanakan kerja mereka dengan lebih efisen.

“Program Diploma Pengurusan Vokasional (DPV) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) GIATMARA ini sebenarnya sangat penting kerana ia bukan sahaja mampu memberikan pengetahuan dan kemahiran baru seiring dengan perkembangan tamadun, tetapi ia juga mampu menyediakan mereka dalam melaksanakan kerja dengan lebih cekap dan mahir,” katanya.

Tambah beliau, konsep pembelajaran berterusan; Continuous Professional Development (CPD) bukanlah satu perkara yang baru dan penglibatan anggota kerja dalam program pembangunan ini dapat memastikan kedua-dua kelayakan akademik dan kemahiran tidak ketinggalan.

“Penglibatan anggota kerja dalam program pembangunan ini dapat memastikan kedua-dua kelayakan akademik dan kemahiran tidak ketinggalan dan juga membolehkan mereka meningkatkan kemahiran atau mengasah semula tanpa mengira pekerjaan, umur atau pendidikan,” katanya lagi.

Seramai 167 penerima DKM terdiri daripada anggota kerja kumpulan sokongan dan 40 penerima DPV yang terdiri daripada kumpulan eksekutif dan pengurusan tertinggi GIATMARA.