Slot Wanita Hari Ini Bersama GIATMARA

arikh : 11 April 2018
Masa : 12.00 tgh hari
Siaran Lansung dari Sri Pentas TV3… Panel2 dari GIATMARA yang terdiri daripada
1. Puan Nurul Azimah Mohd Ani
Ketua Penolong Pengarah
GIATMARA Wilayah Persekutuan
2. Puan Norida Binti Ahmad.
Usahawan GIATMARA Prima Tasek Gelugor (Usahawan Spa)
Topik yang dibincangkan :Gagal Akademik:Masih Ada Harapan

Majlis Graduasi GIATMARA Melaka Dan GIATMARA Negeri Sembilan 2018

Majlis Graduasi GM Melaka & GM Negeri Sembilan 2018
Tempat : Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 10 April 2018
Perasmi : YB Datuk Hasan Abd Rahman, Exco Pertanian & Pembangunan Usahawan Melaka.
Jumlah Graduan : 605 orang .
Tahiniah kepada semua graduan.
 

EduXtra-Karnival Pendidikan MARA (KPM) 2018

Assalamualikum & Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa MARA akan mengadakan EduXtra – Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-19 sepanjang bulan Mac 2018 di enam zon seluruh Malaysia bertempat di Kuala Terengganu, Sungai Petani, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
 
Objektif EduXtra – KPM 2018 ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk mereka membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.  
 
Saban tahun, KPM merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh pelajar dan ibubapa untuk mendapatkan informasi berkaitan peluang-peluang pendidikan dan penajaan. Merupakan salah satu daripada ekspo pendidikan terbesar di peringkat nasional, KPM pada tahun 2017 telah dikunjungi seramai lebih dari 370,000 pengunjung dengan lebih 104 pemamer yang terdiri daripada institusi pendidikan, perbankan dan agensi berkaitan pendidikan.  

KEPUTUSAN PENYERTAAN GIATMARA DALAM PERTANDINGAN MALAYSIAN TECHNOLOGY EXPO 2018

Sebanyak 7 produk inovasi telah dipertandingkan oleh GIATMARA di Invention & Innovation Awards (IIA)bersempena Malaysia Technology Expo 2018 (MTE2018) yang diadakan pada 22 – 24 Februari 2018 di Tun Razak Hall 3, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Penyertaan telah mengharumkan nama GIATMARA apabila semua peserta GIATMARA berjaya membawa pulang pingat. Berikut adalah senarai penyertaan dan kemenangan:

Pingat Emas

  1. Polystyrene Stand:Azam bin Haji Ali (Marang)

Pingat Perak

  1. Smart Knife & Cutter:Fauzi bin Zakaria (Bachok)

Pingat Gangsa

  1. The Carpet Roller:Hj Hanifah bin Abd Ghani/Jameran bin Panot/Amrullah bin Mustapa (Petaling Jaya)

 

  1. Pemisah Biji Koko dan Betik:Abdul Rahaman bin Yahaya (Beruas)

 

  1. Pengalih Anak Pokok Pisang:Mohamad Adzhari bin Kabol (Bintulu)

 

  1. Kren Mini : Jafri bin Minan/Harman bin Hassan (Pengerang)

 

  1. Smart Motorcycle Wiring [MARATex]:Tuan Shamsul Bahri bin Tuan Lah/Rosnini binti Ishak/Khairudin bin Yusoff/Ahmad Zairul Hazlie bin Mohamed (Nilam Puri)

 

Pengurusan GIATMARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

 

 

 

PROGRAM WALKABOUT YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH KE MAAHAD TAHFIZ AL-HIKMAH LILBANAT (PEREMPUAN), KANGAR, PERLIS

 

Program Walkabout YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah  telah diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tempat :

Maahad Tahfiz Al-Hikmah Lilbanat (Perempuan)

Lot 8844 Batu 2 ½,

Jalan Kaki Bukit,

01000 Kangar, Perlis.

Tarikh :

31 Januari 2018 (Rabu).

Masa   :

12.30 tengah hari.

 

Pihak GIATMARA Negeri Perlis telah dipertanggungjawabkan melaksanakan projek Senggaraan Sistem Pendawaian dan Baikpulih Sekolah Tahfiz seluruh Negeri Perlis bagi tahun 2017 & 2018.

Sebanyak 6 buah Tahfiz telah dikenalpasti untuk disiapkan kerja-kerja tersebut pada tahun 2017 di seluruh Negeri Perlis termasuklah Maahad Tahfiz Al-Hikmah Lilbanat (Perempuan) Lot 8844 Batu 2 ½ , Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis.

Kerja-kerja pemeriksaan dan senggaraan pendawaian bagi Tahfiz ini telah dimulakan pada 18 Disember 2017 dan siap pada 22 Disember 2017.

Lawatan Walkabout ini adalah bertujuan untuk meninjau kerja-kerja pemeriksaan & senggaraan pendawaian yang telah dilaksanakan oleh para pelatih GIATMARA sambil beramah mesra bersama warga Sekolah Tahfiz berkenaan.

Turut hadir bersama bagi menjayakan program ini ialah YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Bin Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

 

 

Majlis Penyerahan Mobilepreneur@KKLW Peringkat Zon Selatan Tahun 2017

Majlis Penyerahan Mobilepreneur@KKLW Peringkat Zon Selatan Tahun 2017 yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) berlangsung dengan jayanya di GIATMARA Prima Ledang. Peserta program Mobilepreneur@KKLW 2017 yang terpilih telah menerima pakej bantuan tool kit peralatan serta motorsikal bernilai RM10,000.00. Selain itu, peserta juga akan mengikuti kursus keusahawanan selama 1 minggu. Tahniah kepada semua peserta terlibat! Diharapkan dengan suntikan bantuan seumpama ini dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan sebagai usahawan bergerak yang berjaya.

Pihak GIATMARA Negeri Johor juga mengucapkan kepada semua terlibat seperti tetamu jemputan, media massa dan urusetia. Mohon kemaafan andai terdapat segala kekurangan yang tidak disengajakan sepanjang majlis ini berlangsung.

Terima kasih.

MAJLIS PERTUKARAN MOA PROGRAM KOLABORASI LATIHAN SUPERBIKE GIATMARA & KAWASAKI

Telah berlangsung Majlis Pertukaran MOA Program Kolaborasi Latihan SUPERBIKE GIATMARA & KAWASAKI

Tarikh : 14 September 2017 (Khamis)

Masa   : 11.00 pagi 

Lokasi : GIATMARA Batu , Bangunan Yayasan Pendidikan Batu, Jalan 46/10 Taman Batu Muda 61800 Batu Caves . Wilayah Persekutuan

 

PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) GIATMARA

Audit Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) Ibu Pejabat GIATMARA dilaksanakan oleh Auditor MPC, Alhamdulillah telah disyorkan untuk Persijilan. Salam Tahniah buat warga GIATMARA Ibu Pejabat di atas kerjasama dan usaha yang cemerlang ini.

 

Hari Pendidik MARA 2017

Tahniah kepada penerima Anugerah Pendidik Cemerlang 2017. Syabas diucapkan

Majlis Pelancaran Kursus & Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi

Pada 10 Januari 2017, Selasa, pada jam 02.30 petang, Majlis pelancaran kursus dan  bengkel motosikal berkuasa tinggi telah dilancarkan di GIATMARA Pendang, Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB. Datuk Md Rozai bin Safian, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap   Ketua UMNO Bahagian Pendang.
Turut hadir mengiringi beliau  ialah YB. Datuk Hajah Suraya Yaakob, ADUN Sungai Tiang, YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia dan YBhg. Tuan Haji Jamal Nasir bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia.

Intipati  ucapan YB. Dato’ Speaker agar  Pusat latihan GIATMARA  di negeri ini mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan masyarakat khususnya belia. Setakat ini kita menawarkan lebih 40 kursus dalam pelbagai bidang melibatkan hard skill dan soft skill seperti jahitan dan fesyen, automotif, pembuatan peralatan mesin, percetakan serta fotografi. Kesemua bidang ini diperlukan oleh industri tempatan.

Dari segi tumpuan latihan, GIATMARA  menitikberatkan pendedahan kepada bidang kemahiran itu sendiri iaitu 80 peratus dalam bentuk praktikal manakala 20 peratus lagi secara teori. Penumpuan ini bagi membolehkan para pelatih berdikari selepas menamatkan latihan mereka sama ada bekerja dengan syarikat atau berniaga sendiri.