Kiriman

Ikrar Integriti dan Majlis Makan Malam bersama YBhg. Dato’ Pengerusi GIATMARA Malaysia

Pada 22 November 2016 (Selasa), pada jam  08.00 malam bertempat di Pusat GIATMARA Prima Pasir Gudang Johor,  satu majlis Ikrar  Integriti korporat semua anggota kerja  GIATMARA  negeri Johor telah diadakan dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Pengerusi. Pada majlis tersebut  YBhg. Dato’ Pengerusi di beri penghormatan menyampaikan  ucapan  serta amanat kepada semua anggota kerja GIATMARA negeri Johor.

Selepas selesai majlis,  Pengurusan GIATMARA negeri Johor membuat kejutan  kepada YBhg.Dato’ Pengerusi untuk memotong kek sempena 1 (satu) tahun beliau menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi.

Turut hadir mengiringi  beliau ialah YBhg. Tuan Haji Jamal Nasir  bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Merjuki bin Kasanwidi, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.