PENGLIBATAN GIATMARA PERLIS DALAM PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2018

Apr 19 2018

PENGLIBATAN GIATMARA PERLIS DALAM PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2018

Pesta Angin Timur Perlis 2018 merupakan program tahunan dan bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan dan perlancongan.  Program ini dijayakan secara kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan dengan memberi tajaan dan menyelaras aktiviti. Pesta ini diadakan selama tiga hari bermula 23 – 25 Mac 2018 (Jumaat – Ahad) bertempat di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis bermula jam 10.00 pagi – 11.30 malam. Penglibatan GIATMARA Perlis dalam menjayakan pesta dibuat melalui pameran dan pertunjukan demonstrasi.  Demonstrasi daripada GIATMARA Kangar melibatkan modul Lipatan Napkin serta Pedicure dan Menicure manakala GIATMARA Padang Besar adalah Jahitan Manik.

 

 

Selain itu, GIATMARA Arau juga telah memasuki petandingan Sukan Motor Bendang  yang bertempat di Kampung Bangsal Lebah, Kayang.

Acara perasmian disempurnakan pada 24 Mac 2018 (Sabtu) jam 5.00 petang.