GIATMARA Kalabakan (cawangan GIATMARA Tawau)

Description

Description
GIATMARA Kalabakan telah ditubuhkan sebagai Cawangan Tawau yang beroperasi di sebuah bangunan Balai Raya Kg. Jagung Merotai Besar Tawau yang dahulunya adalah uzur. GIATMARA Kalabakan Cawangan Tawau telah memulakan operasinya dengan pengambilan pelatih FND seramai 10 orang bagi sesi Julai 2012. Sehingga Disember 2015 GIATMARA Tawau masih menunggu kelulusan untuk cadangan pembelian bangunan baharu yang kekal di mana permohonan telahpun dimajukan ke Pengarah MARA Negeri Sabah serta ke ibupejabat GIATMARA. Pada awal Julai 2016 GIATMARA Kalabakan telah berpindah ke lokasi baharu dan sementara menggunakan GIATMARA Tawau sebagai tumpangan sementara.  Oktober 2016 Kelulusan diterima daripada pihak ibupejabat membenarkan GIATMARA Kalabakan beroperasi di bangunan lot kedai di Taman Univilla, Jalan Utara, 91000 Tawau, Sabah yang hanya diberi kelulusan menyewa bangunan pada kadar sewa sebanyak RM 3,286.00 sebulan berkuatkuasa dari OKTOBER 2016 sehingga kini. Kini GIATMARA Kalabakan telah siap untuk kerja-kerja ubahsuai dengan tujuan dijadikan bengkel Kursus Pattern Cutting & Garment Production (PCG) Tahap 3, pejabat pentadbiran, setor bahan dan bilik kuliah / latihan dan telah membuat pengambilan pelatih kursus tersebut bagi sesi Januari 2017.

Kursus Yang ditawarkan di GIATMARA Kalabakan:

  • Jul 2012 – Jun 2016 – Fashion And Dressmaking (FND)
  • Jul 2016 – Dis 2016 – Pattern Cutting Garmen Production (PCG) Tahap 3, Menumpang di GIATMARA Tawau.
  • Jan 2017 – Pengambilan pelatih baharu kursus PCG tahap 3

Contact

Contact

Location

GIATMARA Kalabakan (cawangan GIATMARA Tawau)
Get directions

Contact

GIATMARA Kalabakan (cawangan GIATMARA Tawau)
  • By Alimudin Abdul Latip
  • Phone: 088716994
  • Email: alimmudin@giatmara.edu.my
No data found