GIATMARA Labis

Description

Description

GIATMARA Labis ditubuhkan pada awal tahun 1995, tetapi disebabkan oleh masalah teknikal yang timbul pada masa itu, maka GIATMARA ini hanya mula beroperasi untuk memberi latihan kemahiran pada 01hb November 1995.

GIATMARA Labis ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak penduduk tempatan dan industri yang sedang pesat berkembang di persekitaran daerah Labis yang memerlukan tenaga kerja mahir dari kalangan penduduk tempatan. GIATMARA Labis ini terletak di Mukim Chaah (Desa Temu Jodoh).

Disebabkan penubuhannya masih diperingkat awal, GIATMARA Labis ini hanya mempunyai sebuah bangunan pejabat (kontena). Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kawasan di sekitar GIATMARA ini yang akan dibangunkan untuk melengkapan lagi infrastruktur di sini.

Pada peringkat awal penubuhan GIATMARA ini menawarkan 1 Kursus sahaja iaitu  Teknologi Binaan Bangunan, selama 6 bulan. Pada tahun 2002, Kursus ini telah dipindahkan ke GIATMARA Baling kerana kurang mendapat sambutan. Seterusnya pada tahun 2003, kursus Pendawai Elektrik telah diwujudkan dan kursus Teknologi Sistem Komputer dan kursus Teknologi Elektronik Audio Visual pada tahun 2004.

Bermula tahun 2017, Kursus Teknologi Elektronik Audio Visual telah dipindahkan ke GIATMARA Johor Bahru kerana kurang mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Kursus yang ditawarkan pada ketika ini ialah:

  1. Pendawai Elektrik (PEL) – 12 bulan
  2. Teknologi Sistem Komputer (TSK) Р 9 bulan

Contact

Contact

Location

GIATMARA Labis
Get directions

Contact

GIATMARA Labis
  • By Admin GIATMARA
  • Email: portalgiatmara@gmail.com
No data found