GIATMARA Muar

Description

Description

GIATMARA Muar telah mula beroperasi pada 06 Februari 2006 bertempat di Bangunan Sementara Persatuan Nelayan di Kg Sarang Buaya bersebelahan dengan tapak sebenar yang telah dicadangkan oleh Allahyarham YB. Dr. Robiah bte Dato’ Kosai pada 05 Februari 2002. Pengurusan Ibu Pejabat MARA kemudian telah mengemukakan cadangan permohonan rasmi tersebut pada 15 Disember 2004 bagi projek RMK 9 seluas 10 ekar. Pada akhir Januari 2006 kursus Fashion & Dressmaking (FND) yang dulu dikenali sebagai Pembuat Pakaian Wanita telah dijalankan dengan bilangan pelatih seramai 18 orang.

Pada 30 Disember 2008, GIATMARA Muar telah mendapat kelulusan untuk menjalankan kursus baru iaitu Masakan dan Pramusaji (MNP). Pejabat Pentadbiran GIATMARA Muar kemudian telah berpindah pada sekitar September 2012 di atas premis bangunan sewa kedai bersama kursus Masakan & Pramusaji (MNP) di No 2, Jalan Impian, Taman Sarang Buaya, 86000 Semerah, Johor Darul Takzim sehingga kini. Pengambilan pelatih kursus Masakan & Pramusaji (MNP) bermula pada awal Januari  2013 dengan bilangan pelatih seramai 20 orang.

Kursus yang ditawarkan ialah:

  1. Fashion And Dressmaking (FND) – 6 bulan
  2. Masakan Dan Pramusaji (MNP) – 6 bulan

Contact

Contact

Location

GIATMARA Muar
Get directions

Contact

GIATMARA Muar
  • By Admin GIATMARA
  • Email: portalgiatmara@gmail.com
No data found