GIATMARA Sembrong

Description

Description

Idea dan rancangan untuk menubuhkan GIATMARA Sembrong tercetus apabila Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA ke 6 (Kak Yam) menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong di Kg Lukut, Kahang pada 29 Nov 2009 yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Sembrong.

Ditubuhkan pada 1 Jun 2010 di Tapak Bekas Sekolah Agama Felda Kahang Timur di atas tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (FELDA) seluas ± 20,800 kaki persegi dengan kadar sewa tahunan RM 300.00.

Memulakan urusan pentadbiran pada Jun 2010, manakala latihan kemahiran pula bermula pada Jun 2011. Kursus pertama yang dijalankan adalah Kursus Teknologi Motosikal (TML).

Manakala kursus kedua dijalankan pada Jun 2013 iaitu Kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam (TKFL).

Pada 29 November 2016, telah termentrai satu lagi perjanjian Sewa Bangunan bagi penubuhan GIATMARA Sembrong (Cawangan T6) di Bangunan Pasar Awam, Taman Sri Lambak, Kluang milik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bagi tempoh 1 April 2016 hingga 31 Mac 2031 (15 Tahun) secara Percuma.

Kursus yang ditawarkan ialah:

  1. Teknologi Motosikal (TML) – 6 bulan
  2. Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam (TKFL) – 12 bulan

Contact

Contact

Location

GIATMARA Sembrong
Get directions

Contact

GIATMARA Sembrong
  • By Admin GIATMARA
  • Email: portalgiatmara@gmail.com
No data found