GIATMARA Semporna

Description

Description

  SEJARAH / SINOPSIS PENUBUHAN  GIATMARA SEMPORNA.:-

1.1    Pusat GIATMARA Semporna Sabah, mula ditubuhkan dan beroperasi pada pertengahan September 1999.

Kursus permulaan yang ditawarkan di Pusat GIATMARA Semporna ialah Teknologi Bangunan (Industrial Maintenance – I.M ) selama 6 bulan tempoh kursus.

1.2    Pada Bulan Mac 2000 kursus ( Teknologi Kimpalan Fabrikasi Logam – TKFL) telah di buka di Pusat GIATMARA Semporna.

Pada bulan Julai 2000 kursus yang baru di buka ialah kursus Pendawaian Elektrik Domestik – PED.

1.3    Perletakan batu asas Pusat GIATMARA Semporna, Sabah  telah disempurnakan oleh YB. DatoHj. Idris Bin Jusoh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia pada 25hb. Februari 1999. Pusat GIATMARA Semporna terletak di KM 12 dari Pekan Semporna dan 2 KM dari Simpang Kg. Tagasan ke Kg. Bantayan Semporna. Jarak dari Pekan Semporna ke Daerah Tawau ialah 108 KM dan Pusat GIATMARA Semporna didirikan di kawasan tanah seluas 5 ekar adalah hak milik MARA.

1.4    Untuk makluman pihak tuan, ada dua kursus telah di tutup memadangkan GIATMARA Semporna, Sabah telah di pindah ke lokasi terbaru iaitu terletak di kawasan perumahan Taman pelangi  batu 2.5 Semporna, Sabah, Oleh yang demikian kursus tersebut tidak sesuai dibuka di kawasan perumahan yang menganggu persekitaran lokasi tersebut. Iaitu kursus Teknologi Bangunan  (Industrial Maintenance – IM ) dan Kursus Teknologi Kimpalan Fabrikasi Logam ( TKFL) kedua – dua tempoh kursus adalah selama 6 bulan sahaja.

1.5.    Pada tahun 1999 sehingga  berakhir pada bulan Julai 2013 GIATMARA Semporna, Sabah  yang terletak di kg. Bantayan Tagasan telah berpindak tempat tapak baru di kawasan Taman Pelangi dan mula beroperasi pada awal bulan Ogos sepenuhnya . Untuk makluman GIATMARA Semporna, Sabah adalah Bangunan Kedai 2 Tingkat yang telah dibeli pada harga 1.8 Juta pada   awal tahun 2014 yang telah di rasmikan oleh Mantan Pengerusi GIATMARA Malaysia Ybhg Dato Hj Jaujan Bin Hj. Sambakong semasa program dikampung Look sisarah Pulau Bum-bum Daerah Semporna, Sabah.

 

 Kursus yang di tawarkan :-

1.Industri Maintenance – (IM)  – 1999 – 2013

2.Teknologi Kimpalan Fabrikasi Logam (TKFL) 2000 – 2012

3.Pendawaian Elektrik  (PE) 2000 – Sehingga kini

4.Fashion And Dressmaking  (FND) 2010  Sehingga kini .

Contact

Contact

Location

GIATMARA Semporna
Get directions

Contact

GIATMARA Semporna
  • By Alimudin Abdul Latip
  • Phone: 088716994
  • Email: alimmudin@giatmara.edu.my
No data found