Integrity Pledge and Dinner Reception with the Honourable Chairman of GIATMARA Malaysia

Pada 22 November 2016 (Selasa), pada jam 08.00 malam bertempat di Pusat GIATMARA Prima Pasir Gudang Johor, satu majlis Ikrar Integriti korporat semua anggota kerja GIATMARA negeri Johor telah diadakan dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Pengerusi. Pada majlis tersebut YBhg. Dato’ Pengerusi di beri penghormatan menyampaikan ucapan serta amanat kepada semua anggota kerja GIATMARA negeri Johor.

Selepas selesai majlis, Pengurusan GIATMARA negeri Johor membuat kejutan kepada YBhg.Dato’ Pengerusi untuk memotong kek sempena 1 (satu) tahun beliau menerajui kepimpinan sebagai Pengerusi.

Turut hadir mengiringi beliau ialah YBhg. Tuan Haji Jamal Nasir bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Merjuki bin Kasanwidi, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.