Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Pengerusi ke GIATMARA Prima, Pasir Gudang, Johor
Pada 31 Oktober 2016 ( Isnin), jam 04.00 petang, YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia mengadakan lawatan kerja beliau di GIATMARA Prima Pasir Gudang, Johor . Beliau sempat membuat lawatan ke bengkel dan bilik guru di samping bertanya khabar kepada para pelatih. Di dalam ucapan beliau berkata kita mesti mendidik anak bangsa dengan ilmu kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Turut mengiringi lawatan kerja beliau ialah YBrs. Tuan Haji Merjuki bin Kasanwidi, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.