Majlis Pelancaran Kursus & Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi

Pada 10 Januari 2017, Selasa, pada jam 02.30 petang, Majlis pelancaran kursus dan  bengkel motosikal berkuasa tinggi telah dilancarkan di GIATMARA Pendang, Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB. Datuk Md Rozai bin Safian, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap   Ketua UMNO Bahagian Pendang.
Turut hadir mengiringi beliau  ialah YB. Datuk Hajah Suraya Yaakob, ADUN Sungai Tiang, YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia dan YBhg. Tuan Haji Jamal Nasir bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia.

Intipati  ucapan YB. Dato’ Speaker agar  Pusat latihan GIATMARA  di negeri ini mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan masyarakat khususnya belia. Setakat ini kita menawarkan lebih 40 kursus dalam pelbagai bidang melibatkan hard skill dan soft skill seperti jahitan dan fesyen, automotif, pembuatan peralatan mesin, percetakan serta fotografi. Kesemua bidang ini diperlukan oleh industri tempatan.

Dari segi tumpuan latihan, GIATMARA  menitikberatkan pendedahan kepada bidang kemahiran itu sendiri iaitu 80 peratus dalam bentuk praktikal manakala 20 peratus lagi secara teori. Penumpuan ini bagi membolehkan para pelatih berdikari selepas menamatkan latihan mereka sama ada bekerja dengan syarikat atau berniaga sendiri.