Majlis Perasmian Penutup Technopreneur Fest 2016 Anjuran GIATMARA Negeri Perak dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Perak

YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji  Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia hadir ke Majlis Perasmian Penutup  Technopreneur  Fest 2016 Anjuran GIATMARA Negeri Perak  dengan Kerjasama  Kerajaan Negeri Perak. Majlis berlangsung pada 13 November 2016 (Ahad),  di Dataran Angsana Ipoh Mall, Greentown Ipoh, Perak. Turut mengiringi beliau ialah YBhg. Tuan  Haji  Jamal Nasir bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia dan YBrs. Tuan Haji  Mohd Sadzilan bin Mohd Saad, Pengarah GIATMARA Negeri Perak.
Majlis  tersebut dirasmikan oleh YB. Dato’ Samsudin bin Abu Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Koperasi, NGO, dan Masyarakat  Sivil merangkap Ketua UMNO Bahagian Tapah, Perak.
Objektif  majlis tersebut ialah:-

Mewujudkan jaringan kerjasama di antara usahawan dan masyarakat dengan industri dan agensi kerajaan di dalam pengetahuan, pembangunan dan peningkatan perniagaan. Memberi pengetahuan kepada pengunjung berkenaan 16 kursus kemahiran yang ditawarkan di GIATMARA Perak yang dapat membina kerjaya sebagai usahawan kelak.

Sebanyak 40 usahawan GIATMARA  menjalankan perniagaan disamping dapat meluaskan akses pasaran di dalam meningkatkan prestasi perniagaan.

Aktiviti Tarikan Pengunjung – Diantara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

  • We Are Sociey – Perkhidmatan servis percuma   daripada GIATMARA
  • Senar Benor Berniaga – Seminar dan ceramah keusahawanan
  • Aktiviti pemotoran dan
  • Aktiviti golongan belia