Sunday, November 06, 2016
Program Pemeriksaan Elektrikal GIATMARA di Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru, Bera yang telah dirasmikan oleh Menteri KKLW merangkap Ahli Parlimen Bera iaitu YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Program ini telah dijalankan dan berlangsung selama 3 hari bermula 04 November hingga 06 November 2016. Program Pemeriksaan Elektrikal ini melibatkan Kampung Bohor Baru & Kampung Bukit Serdang di Parlimen Bera.
Siri lawatan pemeriksaan telah diadakan bersama JKK Kampung Bohor Baru & Kampung Bukit Bera dan wakil Tenaga Pengajar GIATMARA bidang pendawaian Elektrik ke rumah-rumah penduduk kampung.
Turut hadir dalam perasmian program ini ialah Pengerusi GIATMARA Malaysia iaitu YBhg. Dato Haji Azian bin Haji Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia iaitu YBhg. Tuan Haji Jamal Nasir bin Othman.







Tuesday, November 01, 2016
Pada 31 Oktober 2016 ( Isnin), jam 04.00 petang, YBhg. Dato’ Haji Azian bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA Malaysia mengadakan lawatan kerja beliau di GIATMARA Prima Pasir Gudang, Johor . Beliau sempat membuat lawatan ke bengkel dan bilik guru di samping bertanya khabar kepada para pelatih. Di dalam ucapan beliau berkata kita mesti mendidik anak bangsa dengan ilmu kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Turut mengiringi lawatan kerja beliau ialah YBrs. Tuan Haji Merjuki bin Kasanwidi, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.











