WISMA GIATMARA

No 39 & 41 Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : 03-2691 2690
Fax : 03-2691 2820

Info GIATMARA

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti.